Rabu, 30 Disember 2009

Pok Tih Simi and Family datang menziarah

Jumaat, 25 disember 2009, Pok Tih Simi and family telah datang dgn Exora ke rumah Umiluqman.
Sampai pukul 5.30 petang.

Esoknya kami sama sama ke Melaka. Umiluqman dan famili sebenarnya ada majlis kahwin untuk dihadiri. Jadi sama sama ke sana....Durian Daun, Masjid Tanah Melaka....jauh rupa rupanya Masjid tanah ni.....

Selepas menghadiri majlis perkahwinan, kami ke Zoo Melaka. Lepas ke Zoo, kami ke Banda Hilir tempat bersejarah tu......

Tak sangka benar keadaan Melaka semasa cuti krismas ni...terlalu sesak dan jem...parking pun payah. Sesuatu perkara yang paling tak suka pergi Melaka, tentang nak makan tengahari atau malam...kurang sgt kedai kedai ala ala siam/ mamak.......

Di harap nanti bnyk kedai kedai masakan melayu/siam/mamak/kelantan ada di Banda Hilir Melaka nanti...

Balik dari Melaka dah malam. Sampai rumah jam dah pukul 11.00 malam.

Terlupa bawa kamera...tiada gambar lah pulak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------