Jumaat, 6 Julai 2012

Cerita mengenai Marwa Al-Sharbini

Cerita ni adalah sepenuhnya diambil dari internet, facebook.......tiada tokok tambah dari tulisan asal. Siapa sebenarnya yang menulis?...Saya sendiri tidak mengetahuinya. Jelas kenapa saya men copy n paste...sbb ada iktibar di sebalik cerita sedih ini. Juga tidak mahu kehilangan cerita ini....lalu saya simpan di dalam blog saya.

Cerita mengenai Marwa Al-Sharbini:




Hari ini adalah HARI HIJAB/ JILBAB SEDUNIA dan memperingati Asy-Syahidah Marwah El-Syarbini yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan Hijabnya.

Jika di Malaysia(maaf cakap) perempuan mati dirogol kerana membuka aurat.

Antara anda dan Marwah, yang mana mati dalam keadaan mulia? Mari kita baca kisahnya yang penuh sejarah ini:


Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.


Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.



Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer



Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.


Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.


Akhbar Jerman kurang ajar, Perlekeh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.





Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.

Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Hal ini menunjukkan bahawa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم أولياء بعض , الاّ تفعلوه تكن فتنة في الأرض و فساد كبير "mafhumnya :- "Dan orang-orang jafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" -al-Anfal, ayat 73



.


Isnin, 21 Mei 2012

Al-Fatihah dan Khasiatnya





MISTERI SURAH ALFATIHAH
AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA
ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR
YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Selasa, 17 April 2012

buah dan khasiatnya

Terpesona sungguh dengan kata kata mutiara dari facebook Himpunan Mutiara Kata.
Bercerita mengenai buah buahan yang selalu diperkatakan didalam al-quran.....spt kurma, tin, zaitun, susu dan madu. Mari sama sama kita hayati ape yg telah ditulis beliau.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

.

Rabu, 11 April 2012

Pertabalan Agung ke 14

Hari ini Rabu 11 hb 2012  di istiharkan cuti umum kerana pertabalan Agong ke 14.



sejarah Mat Kilau

Terbaca article dari face ceciter ilmu......
Sejarah dulu-dulu yang tidak patut dilupakan. Terima kasih facebook Ceciter Ilmu kerana mengeluarkan kembali cerita cerita sebegini agar generasi sekarang tidak melupai generasi dahulu.

Nak minta laluan dan kebenaran dari ceciter ilmu dan Perpustakaan Negara Malaysia untuk copy paste semua karangan Mat KIlau ni.


Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong.

Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Isnin, 26 Mac 2012

resepi roti gebu

dari Zurina Abu Talib (rakan facebook). Resepi dibawah adalah copy paste direct dari facebook beliau.

mmg terserlah lembut seperti kapass

resepinya...

500gm tpg gndum..
... 1 sdk baking powder..
1sdk bread improver(optional tak letak tak pe)
11 gm yis kering(mauripan)
3/4 cawan gula halus-larutkan dalam 150 ml air
1 sdk shortening(optional tak letak takpe)
2 biji kentang sederhana-direbus dan dilenyek=(1/2 cwn kntg lnyek)
1/2 biji telur..(optional tk letak tkpe)
3 sudu besar marjerin..@50gm@myk masak 70ml
air secukupnya untuk menguli..*kalau dh cukup tak perlu tambah..

cara2
-masukkan tpg+baking powder dlm mgkk gaul bersama mauripan..masukkan kentang gaul sedikit..masukkan gula bersama air tadi..gaul sebati..masukkan telur..
-uli dn tmbh air sedikit sedikit hingga mendapat doh yg lembut..
-masukkan stning n marjerin uli hingga lembut dan sebati serta licin.


-biarkan sekali ganda naik..dalam 1/2 jam..ttp bekas@balut kain kasi dpt haba..
-uli bulat2 masukkan dlm loyang yg telah disapu sdikt je marjerin.
-tunggu naik lagi sekali ganda..>< 20 minit-stgh jam
-sapukan telur yg setengah tadi...atas roti..*nk sapu marjerin or butter pon boleh..
-bakar pada suhu 160'c selama 20 minit @ bergntung pd oven masing2..
-dah siap bakar sapu lagi butter atasnya ketika roti sedang panas..
-selamat mencuba..

Khamis, 12 Januari 2012

Tepung Boko Ubi Kayu @Talam ubi Kayu ( Kelantan Versi)

 Tepung Boko Ubi Kayu ni sangat sangat lembut, macam puding teksturenya. Makan mesti menggunakan sudu.




Resepi asal dari blog Resepi Citarasawan.
Bahan-bahan
500gm ubi kayu
200ml air

Bahan B
50gm tepung ubi ( tak letak)
220gm gula
400ml air
8 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau

Bahan C (Kepala Santan)
 Resepi asal spt dibawah:
200ml santan pekat KARA
300ml air
30gm tepung beras
1 sudu teh garam halus

tapi saya guna:
* 700 ml santan
* 3 sudu besar tepung beras
* 1 sudu kecil garam halus

Loyang 8" ( saya pakai bekas tahan panas kecil)

Cara-cara :
1.  Kupas, buang urat dan potong kecil ubi kayu.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air hingga halus.  Tapis ubikayu ke dalam mangkuk, biarkan selama 15 minit.  Keluarkan air jernih dari dalam mangkuk dan ambil mendapan pati ubi kayu, campurkan bersama parutan ubi yang ditapis.



2. Bahan B, Kisar daun pandan dengan air, kemudian tapis.  Satukan bersama bahan B yang lain.  Masukkan parutan ubi kayu, gaul rata.


3.  Panaskan pengukus dan loyang.  Tuangkan adunan ubi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

4.  Sebatikan semua bahan C, Tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kental.

sbb masak dalam bekas spt diatas, tuangkan saja santan yg dimasak terus dlm bekas.


5.  Cara Menghidang, sudukan ubi kayu ke dalam mangkuk dan tuang kepala santan diatasnya.

 Buleh terus makan dari bekas!!!!!!!!!.......


.

Selasa, 3 Januari 2012

Orange Chiffon Cake



Source: mamafahmi

Ingredients :

115g cake flour
3/4 teaspoon baking powder

85ml warm orange juice (I used sunquick mixed with warm water)
Finely grated zest of 1.5 large orange (I omit this one)

5 egg yolks + 30g castor sugar + 1/4 tsp salt
5 egg whites + 50g castor sugar + 1/2 teaspoon cream of tartar
60ml corn oil
1/2 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Sieve flour and baking powder.
2. Use hand whisk to whisk egg yolk, 30g castor sugar and 1/4 teaspoon salt until creamy and light in colour. Add in corn oil then warm orange juice.
3. Add in flour mixture into yolk mixture lightly. Add in orange zest.
4. Beat egg white with electric beater until big bubbles formed. Sprinkle in cream of tartar and beat until it is white in colour. Add in 50g sugar 3 times (a little at a time) and beat until stiff perks formed. About 8 - 10 minutes for 150w egg beater.
5. Pour 1/2 egg white into flour mixture in (3) and blend well.
6. Pour flour mixture into the rest of the egg white and blend well. Pour into an ungreased chiffon cake tin.
7. Bake at 175C for 45 minutes or until cooked.
8. Invert the cooked cake during cooling process.