Jumaat, 27 November 2009

Aidiladha di rumah Umiluqman 2009

Raya korban 2009, kami sekeluarga tak balik kampung. Sebenarnya ada beberapa sbb. Dah cakap dah kan dalam N3 lepas.

Kami menyambutnya macam biasa, pagi aidiladha, ayah luqman pergi sembahyang.
Umiluqman menyediakan juadah nasi minyak, kak chiffon oren dan puding koktel saja.
Jom layan gambar dulu ya. Umiluqman penat hari ini.

juadah raya.....nasi minyak dgn ayam masak tomato, dalca dan kurma daging. Lemang pun ada...Lemang cuma beli semalam jam 11.00 mlm di Salak Lama...2 batang saja dibeli. 1 mlm tadi dah hbis dibedal Sufea.


kek hari raya ini diberi oleh Kak Tik. Terima kasih banyak banyak Kak Tik....

Tengok siapa datang hari ni.....

Kak Tik datang!!! Kak tik ni memang seorang yg sgt sgt sibuk, memang susah sgt nak datang ke rumah umiluqman. Walaumacamanapun hari ini dia dah sampai...dah lama awak tak datang tau...lepas ni bila nak datang lagi...tak tau lagi....

3 beranak, along, the husband Mie and the princess the little Arifah....tambah tambah tambah....

Dan ini orang jauh....2 jam perjalanan baru sampai....dari Kuala Selangor dia sampai untuk beraya dgn keluarga umiluqman. Terima kasih banyak banyak....namun sekejap saja dia dapat datang setelah terima call dari seorang teman untuk jadi pemandu ke Kelantan atas tujuan penetapan tarikh perkahwinan. Wah!! dapat juga demo kelek klate........
Nadiah, the husband Adi dan the child Arif.......hope selamat dalam perjalanan ke Kelantan.

Ayah Luqman kerja jam 4.30 ptg..........semua bersurai.......

Kemudian hujan turun dgn lebat sekali, siap petir lagi sehingga blackout rumah..........

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...MAAF KALAU ADA TERSILAP SALAH.....


-----------------------------------------------------------------------------------------------