Sabtu, 2 Mei 2009

ke Zoo Negara 2009

Pada 2 hb Mei 2009, bersamaan hari Sabtu. Kami telah menghabiskan cuti hari pekerja tahun ini ke Zoo Negara Kuala Lumpur. Mula mula rancangan nya nak pergi ke Melaka, pergi melawat zoo di sana, disamping jalan jalan di bandar hilir. Jadi kenalah tidur di hotel. Tapi rancangan tergendala kerana ada seorang kawan menasihati jangan ke Melaka sebab jem gila. Semua hotel habis di tempah.

Seronok juga di zoo negara ni. Ramai betul org. Sampai di zoo jam 11 pagi. Jalan punya jalan dalam zoo tu, pukul 2.30 ptg masih lagi di sana. Tak sedar zohor dah lama masuk waktu.
Cepat cepat keluar, pukul 3.10 ptg dah sampai di rumah. Penat gila.