Khamis, 12 Januari 2012

Tepung Boko Ubi Kayu @Talam ubi Kayu ( Kelantan Versi)

 Tepung Boko Ubi Kayu ni sangat sangat lembut, macam puding teksturenya. Makan mesti menggunakan sudu.




Resepi asal dari blog Resepi Citarasawan.
Bahan-bahan
500gm ubi kayu
200ml air

Bahan B
50gm tepung ubi ( tak letak)
220gm gula
400ml air
8 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau

Bahan C (Kepala Santan)
 Resepi asal spt dibawah:
200ml santan pekat KARA
300ml air
30gm tepung beras
1 sudu teh garam halus

tapi saya guna:
* 700 ml santan
* 3 sudu besar tepung beras
* 1 sudu kecil garam halus

Loyang 8" ( saya pakai bekas tahan panas kecil)

Cara-cara :
1.  Kupas, buang urat dan potong kecil ubi kayu.  Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air hingga halus.  Tapis ubikayu ke dalam mangkuk, biarkan selama 15 minit.  Keluarkan air jernih dari dalam mangkuk dan ambil mendapan pati ubi kayu, campurkan bersama parutan ubi yang ditapis.



2. Bahan B, Kisar daun pandan dengan air, kemudian tapis.  Satukan bersama bahan B yang lain.  Masukkan parutan ubi kayu, gaul rata.


3.  Panaskan pengukus dan loyang.  Tuangkan adunan ubi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

4.  Sebatikan semua bahan C, Tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kental.

sbb masak dalam bekas spt diatas, tuangkan saja santan yg dimasak terus dlm bekas.


5.  Cara Menghidang, sudukan ubi kayu ke dalam mangkuk dan tuang kepala santan diatasnya.

 Buleh terus makan dari bekas!!!!!!!!!.......


.