Ahad, 31 Julai 2011

american chocolate cake


resepi:
BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)

* 2 cups flour*
* 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
* 3/4 cups cocoa*
* 2 tsp baking powder*
* 2 tsp baking soda*
* 2 eggs
* 1 cup of milk (fresh)
* 1 cup of corn oil
* 1 tsp vanilla essence
* 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;:-

1.
Ayak bahan * sekaligus
2.
Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
3.
Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
4.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.-1 jam. (mengikut oven masing2) (oven akak - 165C sahaja).Atau sehingga masak........

chocolate ganeche:
Vochelle cooking chocolate
non dairy whipping cream

utk buat ganeche:
kaedah marie brain:
campur 1 cawan cream to chocolate cooking...chocolate cooking tu kalau nak sedap banyakkan lah...mengikut selera.
bila semua dah cair...sejukkan dan masukkan 3 atau 4 jam ke dlm petisejuk

sejukkan kek completely.......sebaiknya​ keesokkan hari baru bubuh chocolate cream tu...deko mengikut kehendak masing2.......

Ahad, 17 Julai 2011

TAT BLUEBERI NANAS

TAT BLUEBERI NANAS
Bahan2 (A)
125 gm mentega/butter.(saya guna butter)
1/2 sd makan minyak sapi
1/2 susu pekat manis
1/2 sd makan kuning telur (saya guna sebiji telur ambik kuningnya jer)
1/2 sd esen vanila
1/2 sd pes blueberi/emulco.

Bahan (B)
175 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
25 gm susu tepung

cara2
panaskan oven pd suhu 150 drjh c.
gaulkan semua bahan2 A sehingga sebati.
kemudian masukkan bahan B uli sehingga menjadi doh yg lembut.
setelah itu terap dgn acuan yg disukai..saya guna acuan semperit..
letakkan jem,kemudian digulung perlahan-lahan..
bakar selama 20 - 25 minit.
dah siap bakar bila kuih dah sejuk baru blh paipkan dgn coklat putih
corakkan dgn kreativiti masing2..

satu adunan ne blh dpt dlm 50 biji mcm tulah..
slmt mencuba..ikhlas dr saya By Mariarabikat 2011 Raya Lagi..

Japanese cheese cake.

Tq to Zunainah Paiman kerana berkongsi resepi dlm fb nya...
Salin dulu resepi...nanti nak buat kemudian, takut terhilang susah pulak nk cari.....

JAPANESE CHEESE CAKE....
BAHAN2: 7kpg cheddar cheese
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 s/t cream of tatar
CARA2: Koyakan cheese kecil2 dan campurkan bersama susu..masak dgn api perlahan..kacau selalu..da hancur masukkan butter da cair tutup api dan sejukkan..
Asingkan putih n kuning telur dlm bekas berlainan..
Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar..sehingga kembang dan meringue(bertanduk)..
Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi(ditapis)
Masukkan tepung sedikit2..kacau perlahan2 sehingga sebati..
Masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan smpi sebati...
lapikkan loyang dan sapu dgn sdikit butter..
Letak loyang dlm bekas berisi air panas...
Panaskan oven..bole lah dibakar dlm 1jam 30mnt..ikut kepanas oven masing2..

Selasa, 5 Julai 2011

Jom lawat Saigon ( Ho Chi Minh) dgn kadar murah...

pukul 7.30 pagi, naik tren ERL Salak Tinggi ke KLIA Treminal.
3 hb July, bawa anak anak pergi Saigon lagi. Pergi cuma 1 hari.........budak budak sebenarnya tak mahu pergi sbb 3 thn berturut turut mereka pergi....tak fun langsung kata mereka, tambahan mereka dah agak besar dan faham segalanya dah. Tapi di sebabkan tiada siapa yg nk jaga mereka....jadi bawa ke sana bersama adalah jalan terakhir.....buleh tumpang baggage, setiap sorang 25 kg...bulehlah ibu bwa pulang 100kg.................



Ramai nk gi Ho Chi Minh, sbb ramai cerita banyak barang murah2!!!!!

Ramai yang pergi melalui agensi....tak kurang juga pergi mengikut kawan kawan yg dah berpengalaman ke sana. sebelum nya.

Pergi ke sana ada banyak sbb:
1. shopping.....perempuan tak buleh lari dgn nk shopping
2. Nk melihat tinggalan perang USA lawan Komunis....US kalah....
3. Nk pergi melihat kecantikan alam semulajadi Sungai Mekong.......

Tapi saya pergi sbb yg pertama.......

Jadi blog ni nk kasi panduan kepada semua nk gi sendiri secara ekonomi....mcm saya.

pagi..siap posing depan kedai chocolate di KLIA..tp tak dibenarkan beli...

PERTAMA: KEPERLUAN NK PERGI (APA PERLU BAWA)
1. Sampai di airport TERMINAL KLIA.....pergi ke paras 3 shopping di ERAMAN, beli roti, maggi dan apa apa yg buleh dimakan segera. (Bekalan untuk di sana). Kalau naik AIRASIA.....beli sebelum gi airport.

2. Bawa minuman 3 in 1, nescafe ke, milo ke, kacip fatimah orang kampung ke......bg sesiapa yg tak suka creamer2 ni, Bawa uncang teh boh/lipton, jangan lupa bawa gula dan sudu plastik.

3. Bawa sliper, takut hujan lebat, dah banyak kali saya pergi musim hujan.......skrg bulan 7,8 musim hujan disana.
4.Jangan bawa/pakai gelang, rantai dan sewaktu dgnnya......bimbang saja....org disana tak pakai barang kemas, kalau ada barang kemas terbeliak mata mereka..(berdasarkan pengalaman2 dulu).

5. Optional: Saya bawa nasi, ikan bilis pedas yg kering, dan ayam goreng.......hmmm...tak yah nk beli2, masuk hotel melantak dulu....buang masa nk tunggu order, MASA TU GOLD.


APA PERLU DI BUAT SESAMPAI DI SANA.

Perjalanan cuma mengambil masa 1 jam 30 minit saja. Macam nk gi ke Kuching Sarawak saja....dekat je.....

Bagi sesiapa guna perkhidmatan MAS, lepas dijamu makan nasi lemak pagi ...dah nak turun kapal terbang....tak puas la pulak rasanya.!!!!

Macam biasa, pergi imigresen......org Imegresen Vietnam tak berapa pandai berbahasa inggeris.Pandai2 lah berkomunikasi,
Lepas Imegresen....cari tangga, turun kebawah pick up brg....lepas ambik barang, pegi scan barang....bunyi pelik sbb di M'sia, lepas ambik barang terus keluar....kan......

Untuk mendapatkan tambang yg murah ke Hotel Houng Tram Ben Tham market, lepas keluar airport (jgn terkejut tengok ramai org vietnam sedang tunggu saudara mara dia turun kapal terbang- bersesak sesak jadinya.........Hala ke kanan, jalan sempai jumpa papan tanda ke tingkat 1,2,3 lif dan eskelator.....masuk ke pintu tu (maknanya masuk ke bangunan airport semula), masuk lif di kiri lepas masuk pintu, tekan 2, ke tingkat 2.

airport saigon dr jauh
Di tingkat 2, keluar dari bangunan airport, terus kan berjalan sampai ke jln raya....cari teksi VINASUN.
Kasi kad hotel, biar dia orang cari hotel Royal tu.......driver tak pandai cakap bahasa inggeris....susahlah sikit.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 min ke Ben Tham Market.....( Dunia shopping org M'sia ke sana)........bermulalah shopping shopping di Saigon. Biasa kalau ambik teksi di tingkat atas cuma kena caj USD 7 utk ke destinasi. Tapi kalau di bahagian arrival tingkat bawah tu, dengr nya pernah org kena USD 25 utk sampai ke destinasi sama. Hmm sbb tulah org yg selalu pergi sahaja tahu jln jln keluar ni.....

Jumpa Royal Houng Tram Hotel, sebelah dia travel agensi , sebelah travel agensi tu ada Boutique Minh Collection ( salah satu tempat yg wajib masuk!!!- shopping purpose la)

Bagi sesiapa yang nk kan tour ke Sungai Mekong, bagi tahu awal awal  kepada bos Royal Hotel, dia akan arrangekan perjalanan USD 15 untuk tour ke sana utk seorg. Masa yg di ambil 1 hari.

Bagi yg nak melihat kesan kesan peperangan Amerika dan orang Vietnam pulak, satu hari lain pula perlu.........

Pasal makan dan minum.......sesampai di Hotel, mintak air panas dari dia...kalau tak mintak maka dia tak tahu.........

Dalam laci di bilik hotel, ada senarai menu halal dari kedai org islam...buleh tel utk order. pakai tel hotel...no charge.
Begitulah........

Apa yang selalu orang beli utk buah tangan?:
1. baju kanak kanak-smocking, baju polo dan lain lain
2. telekung
3. beg2
4.Embroidery gambar....mahal sikit tapi berbaloi
5. key chain
6. Magnet fridge (USD1.5 satu)- beli banyak dpt lagi murah.
7. Baju raya.
8. Jubah
9. alas meja kopi......ada satu kedai dalam market, peniaga dia fasih berbahasa malaysia bernama KING. buleh dapat murah dgn king.
10. kekacang.
11. dan banyak lagi.....



Satu perkara lagi, kami selalu tak bawak beg, sbb beg disana murah2. Samsonite lagi....beli di kaki lima ke, pasar malam ke.

Keseronokan duduk di Ben Tham market apabila waktu malamnya.......ada pasar malam....jangan lupa pergi ye....kalau ditakdirkan hujan, mintak payung dari Bos Hotel....dia kasi punya.


Waktu di Ho Chi Minh tolak sejam dari waktu kita di M'sia. bermakna, kalau waktu M'sia pukul 11.30 pg, dia baru jam 10.30 pagi.

 Jangan lupa time jam untuk solat subuh.......waktu kita jam 6 pagi.....bermakna 5 pagi sana....tp dah cerah sangat tu........Mungkin kena time jam 5.30 pg kita....baru tak was was subuh ....

Begitulah serba sedkit cerita pasal nk pergi ke Ho Chi Minh ( Saigon) Vietnam .

(Cerita ini ditulis bagi Azie n kwn2 yg nk gi serta kepada keluarga Singapore yg nk kesana)