Khamis, 15 April 2010

American Chocolate Cake

Dah lama buat kek ni, semasa Cik Mah mari sini dgn famili.

Memang sangat sedap kek ini. Kek ini agak besar. Tapi Ummiluqman guna loyang 8 x 8 inci.....meninggilah pulak keadaannya. Terbaik pakai loyang 9 x 9 inci.


Resepinya:
BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;:-

  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja).
Resepi di copy n paste dari blog Home Sweet Home.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 14 April 2010

Ciinnamon Roll Bread

Semalam dan hari ni....2 hari buat roti ni...Luqman suka dan tak cukup semalam. Ayah dan ibu tak merasa roti ni. Jadi buat lagi today.

Resepinya seperti di bawah ni:

Bahan Doh :-)
200 g tepung roti (high-protein flour)
50 g tepung halus (Hong Kong Flour)
2 sudu besar gula halus (gula kastor)
5 g garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
2 sudu kecil instant yeast
40 g margerin
190 ml air suam

Bahan Inti :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang* ( secukup rasa)
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
kismis.

cara cara
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali margerin, uli hingga menjadi doh. Masukkan margerin dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara. Canai sehingga menjadi empat segi, sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll.
  3. Kemudian potong sama besar kepada beberapa bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (umiluqman letak dalam paper cup saiz besar).
  4. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 15 - 20 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 11 April 2010

Ashu balik mengejut lagi...

Memang dah menjadi tren ashu suka mengejutkan semua dgn cara dia balik ke Malaysia ni. Mungkin dia rasa London to Malaysia biasa sj......

Next time not to do that la Ashu.

Sebenarnya jangkanya Ashu akan sampai jam 5.30 ptg 1 hb April 2010. Tertundalah pula flight dia....nasib baik Umiluqman check melalui http://www.klia.com.my. Memang dah tahu delay....jadi pergi lambat lah kami. Rupa rupanya lagi teruk delaynya...nasib baik jam 7 mlm sampai.

Ashu singgah sekejap di rumah Umiluqman. Next kami hantar semula Ashu ke departure level jam 9.30 mlm utk Ashu meneruskan penerbangan ke KB. Kami tak turun sbb Luqman dah pun tidur dlm kereta.




sufea tidak kenal Ashu for second time. Menjerit jerit Sufea ketika Ashu pura pura nak mengambilnya.

Menunggu org balik dari luar negara ni menggembirakan Sufea dan Luqman.....apa tidaknya...



kalaulah dapat bear sebesar ni......Aduh! tak tahu Umiluqman nak letak mana kat rumah nanti!!!


Sukanya datang sini...........ada mcm macam la...........



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 6 April 2010

dapat baju dari ashu

"cepat ibu, cepat ibu, Ashu dah balik......Ya nak pakai baju baru........."





Lepas ashu terbang ke KB, beranikan diri dia memakai baju pemberian ashu mlm tu jg...nk tidur dgn baju tu...panas.

Cantikkan jaket dia...pink light.




*************************************************************************************