Isnin, 12 September 2011

resepi dari teman fb......Puteri Manja

 CHOCOLATE TRIPLE BROWNIES.

COPY N PASTE DARI: PUTERI MANJA (FB)

TEMAN2 CAYANG....NI PERTAMA KALI BUAT TAU....1ST TIME BUAT IKOT RESEPI BUKU DARI AUSTRALIA TAU HUHUHU...NAMPAKNYA MENJADI....SO APA LAGI TRY LERR...BAGI YG SUKA SANGAT COKLAT MMG RESEPI NI MABELES GITU HEHEHE....

TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES (GUNA LOYANG “7 INCI) THKS TO WOMEN’S WEEKLY RECIPES

BAHAN2NYA
125G BUTTER
200G DARK CHOCOLATE
110G GULA KASTOR (PUTRI KURANGKAN GUNA 80G JERR)
2 BIJI TELUR GRED ‘A’
185G TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
150G WHITE CHOCOLATE (DIPOTONG DADU)
100G MILK CHOCOLATE (DIPOTONG DADU)

CARA2NYA
- GRISKAN LOYANG 7 INCI DAN LAPISKAN DENGAN BAKING PAPER DAN GRIS LAGI ATAS PAPER TU.
1. SATUKAN BUTTER DAN DARK CHOCOLATE KEDALAM PERIUK NON-STICK.
2. KACAU BAHAN TADI DIATAS API YG KECIL SEHINGGA BAHAN LARUT DAN LEMBUT. MATIKAN API DAN BIARKAN SEJUK SELAMA 10 MINIT.
3. MASUKKAN GULA DAN TELUR. KACAU HINGGA RATA. TAK PERLU PUKUL…JUST KACAU MENGGUNAKAN SENDUK.
4. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU HINGGA RATA.
5. AKHIR SEKALI MASUKKAN 2 JENIS COKLAT YG DIPOTONG DADU KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU PELAHAN2. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG YG DAH DIGRISKAN.
6. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 35 MINIT ATAU HINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK SEJUKKAN KEK SEBELUM MELETAK CHOCOLATE GANACHE.

HIASA LUAR KEK PUTRI BUAT COKLAT GANACHE
½ CAWAN WHIPPING CREAM
200G DARK CHOCOLATE (DIPOTONG2 KECIL)
2 SUDU BESAR MADU

CARA2NYA
1. KACAU WHIPPING CREAM DIATAS API YG KECIL. BILA NAK MENDIDIH MATIKAN API DAN MASUKKAN COKLAT.
2. KACAU HINGGA COKLAT LARUT SEPENUHNYA. MASUKKAN PULA MADU DAN KACAU RATA.
3. SEDIA TUK DI TUANG DIATAS KEK.