Khamis, 23 Disember 2010

Apam ambon


Sedap sgt sgt...sbb tu buat lagi. Resepi dari Kak Ummi Home Sweet Home Kuantan. Terima kasih kak ummi share resepi ini. Memang best.

Loyang 8 inci:
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.



Salam semua

Dah lama betul tak masuk entry. Ltih penat semua ada.

Banyak cerita yang perlu dimasukkan.
Dari Ramadhan lagi tak berblogging. Hari raya puasa dah lepas, raya haji pun dah lepas juga.

Cerita2 akan Ummiluqman masukkan nanti..itu pun kalau berkesempatan.

1. cerita abang gani bertolak ke mekah
2. cerita abang gani pulang dari mekah.
3. cerita sedih pok su ping pulang ke rahmatuallah.

Rabu, 29 September 2010

Luqman demam



Dari hari ahad lagi Luqmn demam.....dia tak ada selera makan....
buat donut dan pizza utk dia.

Ahad, 26 September 2010

Ashu balik for good from london





lambat sungguh ashu ni....


posing sikit di arrival..ada pondok hari raya

baik pergi beli KFC dulu... ashu lambat keluar lagi.....


Ashu balik dari London. Keluar dari arrival jam 6.20 ptg.
Affiiifii tunggu di rumah.
Ashu biasa saja....pakai baju hitam, kasut hitam, beg hitam......semua hitam...nasib baik muka dia putih lagi....






Menu yg ummiluqman jamukan kpd Ashu sebelum balik ke KB. Afiifii pun ada sama.

kek carrot


mee goreng



kek lapis blueberry/cadbury


puding caramel lapis coklat

Sabtu, 7 Ogos 2010

Chiffon Yogurt Lemon



buat lagi chiffon, tp kali ini chiffon yogurt lemon. Masam sikit sbb guna yogurt. Anak anak semua tak suka.

Kek pink

Kek ni di buat untuk Sufea. Dia nk ber warna pink......Sebenarnya ini kek span biasa sj.


Chiffon Pandan Almond


2 minggu lepas buat kek ni....manis sikit resepi dia. next time nk buat lagi....tapi nk kurangkan manis.

muffin coklat chip



Buat muffin ni 3 minggu lepas.
Resepi dia nanti nak cari semula.

Sabtu, 3 Julai 2010

Donut with Snow Sugar


2 hari lepas dah buat adunan donut tapi menjadi donut, tapi kali ini anak perempuan dah merenget nak makan donut.....buat lah akhirnya donut.

Uli pula dgn tangan, alahai penat betul.



*

ROTI BERCINNAMON

Asal adunan donut....tapi bila tiba tiba malas nak menerap adunan.....dah jadi roti bercinnamon. Keputusan akhir taruk cinnamon sbb anak anak suka sangat makan apa apa yg mengandungi hamba Allah tu.......


*

Jumaat, 2 Julai 2010

Perjumpaan keluarga yang tidak di rancang

Ceritanya pertemuan yg tidak dirancang ini berlaku dirumah Abg Jala KKiat sekitar jam sebelum maghrib.

Hari Selasa 15hb Jun.
Siapa yg bertemu? :
  • keluarga Simi
  • keluarga Jala
  • keluarga Umiluqman
  • keluarga Zah's Corner
  • abg Gani dan Piki
  • Keluarga Sudiana + bibik bibik.
Meriah bagaikan suasana Hari Raya Aidil Fitri........

Bezanya hidangan bukan nasi minyak, tapi sardin dan telur dadar untuk hidangan makan malam.......biarkan sardin ke sardin la...sedap Mama Nurul masak sardin.....

To Sudiana... kalau buleh Raya dapat bertemu mcm ni....tp raya tahun ni jatuh hari isnin....Selasa dah buka sekolah, tak dapatlah keluarga dari Shah Alam ni pulang ke Kelantan nampaknya.....

Rindu akan suasana macam ni....







*

Di sekitar perkahwinan Siti Aizura di K Kiat

Selamat Pengantin Baru Untuk Siti Aizura Hj Ibrahim.

Tarikh: 11hb Jun 2010
Tempat:d kg kubang kiat, kb kelantan.




kek ini kek buah dari darling Aini. With fondant aising......









*

Selasa, 25 Mei 2010

Puding Roti

,

Roti telah di bawa oleh Mok Tih Dan Pok Tih Simi dari Mid Valley. Semua org tak mahu makan roti ini sbb kurang sedap rasanya......

Umiluqman telah transform kan dia ke puding ...... lazat rasanya....jom rasa...

Resepinya:

6 biji telur grade a
2 kotak susu uht dutch lady
3 sudu besar gula....mengikut cita rasa
sedikit esen vanila
roti di siat siat.

cara cara:
a. preheat oven to 170 deg c for 15 minits

b. Lenserkan acuan dgn mentega dan alas dasar dgn kertas kek.

c.campurkan bersama telur, susu, gula dan esen vanila. Beat lightly.

d. rendam sekejap roti ke dalam adunan telur, dan transfer ke acuan. buat begitu sehingga semua roti habis. Tuang adunan telur yg selebihnya ke atas roti...biar terendam. Biarkan sekejap agar roti meresap adunan telur.

e. Bakar dlm oven dgn kaedah marie brain......sampai masak...lebih kurang 40 min.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 23 Mei 2010

Lastly Ashu dapat pulang ke London semula

At last....siap juga visa utk Ashu sambung study kat London. Sebulan setengah Ashu bercuti d sini....kira terpanjang waktu bg Ashu cuti......

tarikh terbang: 19 hb Mei 2010
masa: 11.30 mlm
flight: MH****


SORI...BLUR LA PULAK...






d kaunter check-in

Lepas tu mkn mkn d kfc......Ashu tak mahu mkn bnyk sgt ......Ashu ni ada sedikit gemuruh, kalau mkn mungkin akn memuntahkan semula yg ada dlm perut....



Masa dah cukup: nk berlepas dah...



Kita org buleh hantar sampai sini sahaja....lepas tu cuma Ashu shj yg dibenarkan turun tangga sbb ada boarding pass......
Ashu bye bye semua semasa turun tangga to immegresen......

Masa ni Sufea dah mula menangis nak ikut gi London......



Semuga berjaya membawa gelaran pHD...........

Besoknya Ashu sms mengatakan selamat sampai jam 1.30 tengahari Malaysia....



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 22 Mei 2010

Along Madihah dapat baby lagi

Jumaat 14 hb Mei 2010 tengahari, Along telah melahirkan baby boy seberat 3.45 ( please confirm berat dia semula ya abi/mama baby) secara pembedahan. Baby tak dapat keluar walau Along dah dimasukkan ke wad pada 3 pg Khamis lagi. Baby terlekat tali pusat dan dah tertelan najis sendiri....oleh tu bedah jalan yg terbaik........

Umiluqman sekeluarga pergi melihat along pd Sabtu keesokkan harinya...

Baby dan the mother alhamdulillah sihat walafiat....

Umiluqman bawak balik uri untuk di tanam di rumah Umiluqman.


Along dgn mamanya dan pakciknya


sihat along di atas katil....baru lepas menikmati mkn tengahari...sup ikan haruan...


baby berada di kawasan tak dibenarkan utk masuk...tengok dari kaca di luar sahaja

----------------------------------------------------------------------------------------------