Ahad, 29 November 2009

gambar luqman to ashu@London



Ashu, ini semua gambar gambar menari Luqman yang umiluqman ambil semasa menari.......












Jumaat, 27 November 2009

Aidiladha di rumah Umiluqman 2009

Raya korban 2009, kami sekeluarga tak balik kampung. Sebenarnya ada beberapa sbb. Dah cakap dah kan dalam N3 lepas.

Kami menyambutnya macam biasa, pagi aidiladha, ayah luqman pergi sembahyang.
Umiluqman menyediakan juadah nasi minyak, kak chiffon oren dan puding koktel saja.
Jom layan gambar dulu ya. Umiluqman penat hari ini.

juadah raya.....nasi minyak dgn ayam masak tomato, dalca dan kurma daging. Lemang pun ada...Lemang cuma beli semalam jam 11.00 mlm di Salak Lama...2 batang saja dibeli. 1 mlm tadi dah hbis dibedal Sufea.


kek hari raya ini diberi oleh Kak Tik. Terima kasih banyak banyak Kak Tik....

Tengok siapa datang hari ni.....

Kak Tik datang!!! Kak tik ni memang seorang yg sgt sgt sibuk, memang susah sgt nak datang ke rumah umiluqman. Walaumacamanapun hari ini dia dah sampai...dah lama awak tak datang tau...lepas ni bila nak datang lagi...tak tau lagi....

3 beranak, along, the husband Mie and the princess the little Arifah....tambah tambah tambah....

Dan ini orang jauh....2 jam perjalanan baru sampai....dari Kuala Selangor dia sampai untuk beraya dgn keluarga umiluqman. Terima kasih banyak banyak....namun sekejap saja dia dapat datang setelah terima call dari seorang teman untuk jadi pemandu ke Kelantan atas tujuan penetapan tarikh perkahwinan. Wah!! dapat juga demo kelek klate........
Nadiah, the husband Adi dan the child Arif.......hope selamat dalam perjalanan ke Kelantan.

Ayah Luqman kerja jam 4.30 ptg..........semua bersurai.......

Kemudian hujan turun dgn lebat sekali, siap petir lagi sehingga blackout rumah..........

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...MAAF KALAU ADA TERSILAP SALAH.....


-----------------------------------------------------------------------------------------------

AKHIRNYA AKU GRAD JUGA....


TAHNIAH SEBAB DAH GRAD.......DAH BULEH KERJA LA NI..........JUBAH MERAH BIASA DARI UKM JURUSAN KEDOKTORAN MACAM MAK CIK MAH.....he..he...he.....




------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekitar hari penyampaian sijil Luqman

Bertempat di Alson Klana Hotel Nilai, Negeri Sembilan, hari penyampaian sijil diadakan pada 21hb. November 2009 jam 2.00 ptg sehingga jam 6.00 ptg.

Kesian tengok Luqman kepenatan mengikuti hari tersebut.

Jom tengok gambar sekitar hari tersebut.


Sijil tamat pra sekolah disampaikan oleh ketua Bomba KLIA dan guru besar Sekolah.


Persembahan dari Luqman-pakai baju hijau dibelakang....dgn tema lagu "Selamat datang"..bunyi musicnya mcm ni....selamat datang, dengan senyum simpulnya....selamat datang dgn senyum manisnya........bla..bla..bla....



Penat dah......dah pukul 5.00 ptg....Luqman dah tak ada tenaga...dia tak makan dari pagi lagi....kurang selera....Akhirnya kami sekeluarga bawa luqman pergi Pizza Hut untuk dia makan sup dan pizza....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 25 November 2009

Sufea dikejarkan ke Hosptal

hospital Putrajaya di Siang hari la ni

Semalam pukul 9.30 malam, Sufea telah di kejarkan ke Hospital Putrajaya setelah jatuh dari atas belakang sofa biru. Dia menangis tak henti henti dari maghrib setelah jatuh. Tangan kanan tak dapat di angkat langsung. Umiluqman ingat dia terseliuh saja....tapi semakin lama semakin bengkak tangan Sufea.

Ayah luqman terus pulang apabila dibertahu melalui telephone mengenai ini.

Tukang urut pula kak Rubiah tak mahu menerima Sufea memandangkan tangannya yg membengkak tu. Kak Rubi menasihatkan kami bawa Suf jumpa doktor periksa samada tangan Sufea ni terseliuh atau patah atau retak..... terima kasih atas nasihat kak Ru dari Salak Lama yang dah 30 tahun berkecimpung dlm urut mengurut ni. (0133428538- Umiluqman perlu simpan no kak Rubi ini utk masa depan)

bahagian kecemasan


10 mlm sampai Hospital. Jam 11.30mlm baru dpt jumpa doktor. Doktor buat x-ray......

Alhamdulillah...Tangan sufea tak patah. Bengkak sebab hentakan kuat menybabkan tisu tisu sakit dan cedera.

Tak ada ubat cuma PCM saja.

Jam 12.30 mlm baru sampai rumah. Pukul 1 pagi Sufea dan Luqman tidur sbb excited Umiluqman belikan buku colour Barbie dan Transformer.....langsung tangan buleh diangkat.

Sufea!!! semua orang tahu.....3 x lasak dan buas dibandingkan dengan abangnya.........


------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 22 November 2009

Tak balik raya haji dan rumah baruku

Hujah berterusan......banjir. umiluqman dan famili bercadang membatalkan cuti pulang berhariraya haji di kampung.

Sebb lain pula rumah Umiluqman yg baru dibeli tunggang langgang.

Umiluqman dah dapat kunci rumah 1 minggu lepas. Dan umiluqman terpaksa baiki banyak perkara keatas rumah tu......

Para pekerja yg membuat kerja kerja rumah cuti sehari sahaja untuk raya haji nanti....itulah sbbnya ummiluqman dan famili kena balik lepas segala selasai........











------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 18 November 2009

Hanis dan PP bercuti di rumah Umiluqman


Kek chiffon ni di buat untuk makan petang Hanis dan PP. Hanis datang pd 11/11/09 dgn AirAsia, bertolak dari Kedah. Sampai LCCT pd jam 6.30 ptg. Haris Simi bertolak hari yg sama keKB pukul 1.30 thghari.....tak sempat jumpa dua org tu....

PP pula datang hari Sabtu 14/11/09. Dgn keretaVIVA baru.........WAH! WAH! WAH!........Buleh Umiluq tumpang dua dua kaki.......

VIVA Hani Amalina pula on the way to arrive.....WAH! WAH! WAH!....

Jom jamu mata kereta Afifi.........Tengok Plet kereta dia.....WAH! WAH! WAH!....

PP kata....kenapa la abah ambil plet macam ni...org nak 2296!!!!!

Ini kereta ABAH la PP


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Buah tangan dari Sarawak

Gembira Ummiluqman dapat buah tangan dari Sarawak. Along( anak kak Moh Tere) dan suaminya Ming serta anaknya Arifah telah bercuti ke Sarawak pada 6/11/2009. Kak Moh pun ada serta. Sempena anniversarynya yang ke 4. Dah 4 thn dah kamu kawin Along....rasa macam baru 2 tahun. HAPPY ANNIVERSARY from Ummiluqman to U ALL.

Gambar atas tu buah tangan dari Along. Ikan terubuk masin Sarawak, kain batik Sarawak dan baju sempena birthday Sufea. Baju tu siap ada beg comel.

Hari Ahad baru balik dari Sarawak.

Gambar Along and famili lepas pulang dari Sarawak

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 7 November 2009

Happy Birthday to Sufea

Tarikh lahir 06/11/06.
Sufea menyambut hari lahir yg ke 3.

Kali ini ada tema.......WARNA BARBIE.




Ummiluqman terpaksa buat kek warna barbie untuk Sufea........jenuh juga nak mengicing kek ni....


Sempena hari lahir ke 3, dapat hadiah basikal barbie.......



-------------------------------------------------------------------------------------------------