Dipetik sepenuhnya dari isuhangat.blogspot.com
SUMBER : JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
UNTUK TEMPOH 72 JAM YANG AKAN DATANG
Di keluarkan pada 11.30 pagi 29/09/2009
A) Taufan (17W) "Ketsana", dikesan berada di Latitud 15.5 Utara dan Longitud 109.2 Timur, kira-kira 222 km ke Timur Hue, Vietnam pada jam 11:00 pagi, 29 September 2009. Taufan ini dijangka akan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 14 kmsj.Taufan ini berada kira-kira 1302 km ke Baratlaut, Kota Kinabalu dan 1267 km ke Baratlaut Kudat, Sabah.
B) Ribut Tropika 19W, "Parma" dikesan berada di Latitud 8.3 Utara dan Longitud 139.3 Timur, 1717 km ke Timur Cebu, Filipina pada jam 11:00 pagi, 29 September 2009. Ribut Tropika ini dijangka akan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 27 kmsj.
Ribut Tropika ini berada kira-kira 2361 km ke Timur Sandakan dan 2484 km ke Timur Kudat, Sabah.
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Dipertingkatkan dari Amaran Kategori Kedua yang dikeluarkan pada 8.10 malam 23/9/2009.
Taufan (17W) Ketsana telah dicerap pada kedudukan berhampiran Latitud 15.5 Utara dan Longitud 109.2 Timur pada 11:00 pagi, 29 September 2009. Ia dijangka akan bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 14 kmsj.
Sehubungan itu, angin kencang baratdaya dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter di perairan Condore, Reef North, Palawan, Sabah Barat dan Layang-layang dijangka akan berterusan sehingga Rabu, 30 September 2009.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Baratdaya dengan kelajuan 50 - 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Phuket, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Samui, Kelantan, Terengganu dan Labuan dijangka akan berterusan hingga Khamis, 1 Oktober 2009.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN C : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Baratdaya dengan kelajuan 40 - 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di perairan Reef South (perairan Sarawak) dijangka akan berterusan hingga Selasa, 29 September 2009.
Keadaaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rabu, 30 September 2009
Selasa, 29 September 2009
ucapan raya 2009
UMMILUQMAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA TO ALL OF YOU.
YANG MANA MANA TAK TERKASI DUIT RAYA TU MAAF LA TAK SENGAJA LA TU...TAPI SEMUA DAPATKAN.....
------------------------------------------------------------------------------------------------
Isnin, 28 September 2009
Aidil Fitri 2009 raya 1
Tak ada apa apa yg pelik......
Layan gambar la senang.....
HARIS !! DAH SIAP KE VIDEO RAYA AWAK......
-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Keluarga ummi haris semua bertemakan biru. Haris, hafiz dan abah dia org pakai baju sama...kumpulan nasyid....
- Keluarga ummi izzat, semua kuning air........
- Keluarga ummi luqman, hijau kepala itik serati.
- Keluarga ummi mohammad pakai warna purple cair, warna hampir sama dgn keluarga ummi haris.
- Pembantu pembantu rumah pakai warna biru muda.
- Keluarga abah @ ummi pipi pakai warna caca bin merba. Lain maksud warna pelangi......piki hitam, abah koko (ya ko...lupa la), mak koko, pipi kuning, tiqah kira koko, mahirah kira koko jg....kak cik....lupa la baju kak chik....
- tok berkecuali...warna hitam.....
Layan gambar la senang.....
HARIS !! DAH SIAP KE VIDEO RAYA AWAK......
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sehari sebelum raya.
Tahun ini raya di Krai. Semua ada kecuali yg tak dapat pulang tu sajalah......Ashu!!!!
Siapa hadir?
layan gambar....
------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa hadir?
- Keluarga Ummi Haris 7 sekeluarga, mengambil tempat tidur....biasalah...bilik depan
- Keluarga Ummi izzat 6 sekeluarga termasuk pembantu rumah. Tidur di ruang tamu depan.
- Keluarga Ummi mohammad 7 sekeluarga termasuk pembantu rumah. Tidur di bilik kak Tiqah.
- Keluarga Ummi Luqman 4 sekeluarga, tiada pembantu rumah, tidur di bilik kak ngah.
- Kak ngah, kak tiqah dan kak chik tidur di bilik abah.
- Abah tidur dgn luqman di ruangan depan bersama sama ummi izzat.
- Ruangan depan TV 34 inci tu , Haris, Piqi dan siapa lagi ya yang tidur?
layan gambar....
------------------------------------------------------------------------------------------------
perjalanan pulang utk hari raya
luqman dah seminggu tak pergi sekolah sebab demam sebelum hari raya...dia sendiri packing barangan dia sbb dah tak sabar nak pulang. hari hari tanya bila nak bertolak.
Baiklah layan saja gambar di bawah ......
Baiklah layan saja gambar di bawah ......
Rabu, 16 September 2009
Packing untuk pulang
Besok subuh, kami akan bertolak pulang melalui Gua Musang. Sekarang dok packing barang masuk kereta. Sebulan berpuasa di KL ni tak sekali pun ke pasar ramadhan. Tapi hari ini kami tak mahu masak, nak cuci rumah konon kononnya.
Belilah gulai kawah RM 3 sj. Cukup. Goreng telur dadar.
OK. Bertemu lagi nanti.......
Selamat Hari Raya Semua. Terkhusus yang nun jauh sgt di perantauan.......
Belilah gulai kawah RM 3 sj. Cukup. Goreng telur dadar.
OK. Bertemu lagi nanti.......
Selamat Hari Raya Semua. Terkhusus yang nun jauh sgt di perantauan.......
Sabtu, 12 September 2009
Berbuka apa hari ni...
Dah 4 hari berbuka sorang sorang. Ayah Luqman kerja sampai pukul 10 malam.....Masuk hari ke 4, cukup boring kalau makan sorang sorang ni.....
Buat puding pun cuku utk sorang jg. Makan 2 hari...
dah dikeluarkan dari acuan, kurang berhati hati......tak cantik shape dia.
Budak budak pula bukan suka makan benda Allah di atas, jadi buatkan mereka:
------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat puding pun cuku utk sorang jg. Makan 2 hari...
dah dikeluarkan dari acuan, kurang berhati hati......tak cantik shape dia.
Budak budak pula bukan suka makan benda Allah di atas, jadi buatkan mereka:
------------------------------------------------------------------------------------------------
kad dari LONDON
Thank U ayah su kerana kad ini.........kasi la alamat, boleh balas kad juga.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumaat, 11 September 2009
Haris di UIAM
Gembira, tiba tiba saja dapat mesage di shout mix daripada Haris. Haris dah ada link dia sendiri....
Syabas kepada Haris......kepada yang lain lain kalau nak tahu link tu KLIK SINI.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Syabas kepada Haris......kepada yang lain lain kalau nak tahu link tu KLIK SINI.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Khamis, 10 September 2009
Jom berbuka
Menu simple tapi seimbang ........
Pizza hut pun ada....tinggal kotak saja. Budak budak dah melantak buat makan tengahari.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Pizza hut pun ada....tinggal kotak saja. Budak budak dah melantak buat makan tengahari.
------------------------------------------------------------------------------------------------
pengat ubi keledek dan sagu.
Ada sebiji keledek kecil hari tu lebihan buat cek mek molek......pikir punya pikir...pengat saja lah...Hmm sedap, sangat sedap. Aroma keledek ni kalau dibuat pengat, memang best!!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------
asam gumpal
Sedap betul dapat makan asam gumpal. Kalau beli tentu ada saja yg tak kena. Buat sendiri dapat makan sampai kenyang, siap dapat kasi orang lain makan lagi.....memang best.
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
Cek Mek Molek
Dah banyak hari buat cek mek molek ni untuk berbuka. Buat sikit saja.....cukup untuk berdua. Anak anak tak suka.
------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
Langgan:
Catatan (Atom)