Jumaat, 28 Ogos 2009

Berbuka dgn ayam kfc buatan sendiri

Semalam buat ayam kfc dan goreng kentang untuk berbuka......tapi 2 org tu dah berbuka jam 7 mlm. Kenyang betul mereka.






Ini cendol buatan sendiri. Tak ada acuan. Henta guna apa saja barang didapur yg berlubang untuk tenyeh jadi cendol....tengoklah rupanya...hodoh sikit....tapi rasa dia tetap cendol.
2 hari makan cendol. Semalam buat air cendol...WAH!!!!!Sedap.



cendol buatan sendiri.






-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 26 Ogos 2009

1st day Haris di UIAM

Gambar ni dah lama di ambil....baru di uploadkan.
Gambar di ambil pada 7 Julai 2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada hari pertama Haris Pok Tih simi masuk ke sana.

Proses nak masuk mudah amat. Daftar online, then lapor di asrama masing masing.
Jadi ini di asrama Al-Farouq UIAM. Alkisah nya tok demam amat berat 2 hari sebelumnya. Masa gambar ini diambil pun tok masih tak sihat. Duduk diam bawah pokok saja. Ummiluqman pun demam jg. Sebab tulah gambar tak dapat diambil dgn sempurna. Letih, penat semua adalah..hari tu hari selasa. 2 hari kemudian ummiluqman, tok, ayah luqman, suf n luq balik ke kelantan, hantar tok balik....tok tak mahu duduk lagi di KL. Semua balik dgn flight. Sehari selepas hantar Haris ke UIAM, ayah luqman pula demam......demam berat sehingga pulang semula ke KL.

UIAM ini adalah sebuah Universiti yang sangat cantik. Duduk di UIAM tak rasa duduk di Malaysia......jemputlah melawat UIAM!!


Sedihnya gambar ini, semua pusing ke belakang.....apa daa....



-------------------------------------------------------------------------------------------------

happy suf di bekalang rumah....










-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kueh cara buat berbuka


Berbuka pada Ramadan ke dua. Kueh cara. Nak buat tak la susah sangat. Tapi kalau beli mahal la pulak rasanya.......





___________________________________________________________________-

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa


Selamat berpuasa kepada semua yang mengenali Ummiluqman. Terkhusus kepada adik beradik, ipar duai, anak anak saudara, sepupu sepupu yang jauh dan dekat. Terutama yang tinggal nun jauh di perantauan.....dgn ucapan sempena di bulan ramadan ini, maaf dipinta agar ibadah di bulan ini lagi berkat. Rajin rajinlah membaca atau mengkhatam al-quran. banyakkan taubat dan berdoa banyak banyak agar mudah makbul apa yang dihajat.

Kepada yang suspek kena H1N1 tu, bersabarlah dan berdoa agar cepat sembuh.....



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis, 20 Ogos 2009

makan ptg

Nak cerita pasal ptg semalam buat benda Allah di bawah tu.....Blueberrypuff. My first time try. Buat satu saja....sebab 3 minggu lepas buat apple puff tak dpt sambutan. 1 mkn, 3 buang tong sampah. Jadi buat la satu dulu, for a try....tak sangka sedap la pulak. Jadi rebutan anak anak.Bergaduh gaduh berebut benda yang satu. X mahu dibelah dua. Adik menang, abang menangis......ceritanya abang suruh buat lagi. Hari ini juga.....
Tapi x buat....
Ayah langsung x dapat merasa.......







------------------------------------------------------------------------------------------------

Donut donut donut

Buat bekal utk Luqman bawa ke sekolah......

Tak cukp walau 12 biji semuanya...mugkin kerana bercolour colour, jadi kena buat lagi donut....









-------------------------------------------------------------------------------------------------

makan pagi

Malas betul nak buat nasi goreng....kalau di kelantan, buleh pergi beli nasi kerabu di mana mana kedai pagi pagi....aduh disini tiap tiap pagi kena masak....makan roti sajalah.

Roti cheese....



Tengok la cheese tu , sampai meleleh leleh keluar.....BEST!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 16 Ogos 2009

15 sebab bencana menimpa manusia

( Di copy-paste straight dari isuhangat. )

Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam




--------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 11 Ogos 2009

Bercuti ke PD lagi.......

Hari Sabtu 8hb August 2009, bercuti ke PD lagi........dah x ada tempat lain ke?
Kali ini di Bayu Beach Resort.

Penatnya nak cerita.......Layan gambar cukuplah.










-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 5 Ogos 2009

Omiyagek Shafiqah dari Tokyo


Shafiqah telah pulang bercuti dari Tokyo Jepun. Dia sampai di KLIA jam 7.45 malam 28hb Jun 2009. Shafiqah biasa saja...tiada perubahan pada dirinya.....Sayang sungguh tak bawa kamera. Gambar di atas adalah buahtangan pemberian dia sebelum dia meneruskan penerbangan ke K.Bharu pukul 10.35 malam.






Sebenarnya buah tangan dia adalah buah hulu Jepun yang selalu kita makan kat sini, tapi design dia anak ayam. cantik la pula. Rasa dia maintain macam yang biasa kita makan. Sedap....tapi anak anak tak suka.....



-------------------------------------------------------------------------------------------------