Selasa, 28 April 2009

Trip Shimah to Ilham Resort

Perjalanan Shimah seterusnya.....
Tempat: PNB Ilham Resort, Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Tarikh pergi: 27hb April 2009
Bawa bersama: Mek Nik (anak Sakdong) dan Hanis Amalina dan Syamil.





Rabu, 22 April 2009

First day Afifii ke Universiti Malaya

Gambar ini di ambil di Kolej ke 2 Universiti Malaya pada bulan July 2007. Semua pergi. Sufea masa tu baru dekat 8 bulan. Gembira terpancar di wajah Abah dan Mak.




Selasa, 21 April 2009

Birthday Sufea dua tahun





Hari

Trip Shimah to Melaka

Shimah, Atiqah dan Mahirah serta baby Syamil datang pada 12hb February 2009 utk trip ke Melaka. Shimah ada kursus di sana. Mereka datang dgn kapal terbang sehari sebelumnya. Pukul 11 pagi bertolak ke Melaka. Sampai Air Keroh jam pukul 1.00 tengahari. Cari Puteri Resort dia dulu.....then pergi ke Jusco Air Keroh. Shopping shopping sikit di samping makan tengahari di sana.

Tak sempat ambik gambar di luar Puteri Resort Air Keroh. Cuma sempat ambik di dalam bilik dia yang sgt besar tu saja.




2 hari duduk di situ, Shimah dan semua pulang semula ke Kota Warisan Sepang.
Dapatlah Atiqah dan Mahirah makan makan sikit dirumah.

Cuma kek coklat dan cream puff yang sempat di buat.

Isnin, 20 April 2009

Quality Hotel Shah Alam

bergambar di Quality Hotel Shah Alam pada 15 hb. February 2009.

Terserempak pulak dgn Daruk D.J.Dave di sana. Apalagi, Shimah yang lebih lebih nak bergambar. Apalagi, snap la ..... Malangnya Mahirah tak ada dalam gambar, kononnya tak kenal siapa org tu.....budak zaman sekarang memang tak kenal penyanyi lama...yang rock rock dia kenal la....

Sementara menunggu Shimah check out di kaunter, posing sikit la di depan tu..Dibelakang tu Luqman mencelah. Nasib baik la, ada jg dia dalam gambar.

Maulud nabi 2009 di Krai

Inilah gambaran di sekitar majlis maulud nabi di krai rumah abg gani. Seronok dapat makan beramai ramai anak beranak.
Gamar-gambar yang sempat di rakam di hari itu. Jangan marahlah kepada mana mana yang tersiar di sini ya.




Semuanya tersenyum tatkala bertemu sudah sekian lama tidak bermesra


Jumaat, 17 April 2009

Maulud nabi 2009

Tarikh maulud 20hb Mac 2009 bersamaan 23hb rabiulawal 1430H

Inilah menu yang dihidangkan di hari maulud itu:

Maulud nabi tahun 2009, telah diadakan di rumah abg ghani di guchil kuala krai.
Sebenarnya maulud ni nak di buat di kubang kiat. Namun kehendak ibunda untuk panggil al-baladi tidak diperkenankan oleh ramai masyarakat k.kiat. ibunda pun kecik hati lalu membawa diri ke krai. Buatlah majlis yang meriah di sana.










Kebetulan maulud tahun ni jatuh dalam cuti sekolah penggal pertama. Jadi ramailah yang dapat hadir.

Keluarga simi cuma Hafiz. Haris dan Simi saja yang hadir. Yang lain lain tu tidak dapat hadir sebab tuisyen la pulak.

Gambar Sabiqah,Muhammad, Izzat,
Luqman dan Faiz di majlis maulud
rumah abg gani




















Gambar tok tok Yoh dan tok che nah sedang berehat.



Hari tu jatuh kepada hari Jumaat. 30kg daging dan 10 ekor ayam. Nasib baiklah kak muhaini dan abg gani panggil org krai tolong masak memasak. Kalau tidak, kaki ke atas la belaka laka.
Kami menyangka org tak akan ramai datang memandangkan ada 3 lagi tempat kenduri pada hari tersebut. TIBA TIBA.....Lepas jumaat tu rumah kami diserbu, lebih kurang 80 tetamu datang berselawat di rumah yang penuh keberkatan itu.
Tak sempat ambik gambar ketika orang berselawat.......



Inilah tukang masak tukang masak di hari itu
Tukang masak dok tengah kaut gulai ke dalam pinggan untuk hidangan. Sedap tu...masak gulai darat Kelantan.

Masakan original kelate...


Tukang gulai ini dah kepenatan......





Dan yang ini sangat aktif, tak reti penat langsung. Dalam pagi pagi...sampai maghrib. Bukan saja dia memasak, mengemas dan membasuh periuk belanga pun *****************************************************************************************
gambar2 lain yg sempat di ambil: