Khamis, 31 Disember 2009

Rumah anak yatim/miskin Dengkil

Tahun ini Umiluqman memilih rumah anak yatim Dengkil untuk menlunaskan zakat bagi tahun 2009.

Rumah anak yatim/miskin Dengkil ini terletak betul betul di Pekan Dengkil, cuma 10 minit memandu sahaja dari rumah Umiluqman. Ini kali ke 2 Umiluqman dan famili ke sini, dulu sehari sebelum bulan Ramadhan.

Ada 16 students. Semua lelaki. Mereka tahun ini cuti sekolah memang tidak kemana mana, berada di rumah anak yatim ini sahaja...Ada 1 org yang memang yatim dan piatu. Cukup berlainan perangai dia, mudah tersentuh......menitis air mata Umiluqman melihat budak budak tu.


papan tanda rumah anak yatim/miskin Dengkil

jalan masuk ke rumah anak yatim

anak anak yatim/miskin sedang tuisyen


ayah luqman menyampaikan sumbangan Maskargo kepada penyelia


ayah luqman bersama Luqman n Sufea bersama sama bergambar dgn anak anak atim/miskin


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 30 Disember 2009

New look of Luqman Hakim

First time dalam hidup Luqman gunting rambut di kedai........besok nak sekolah dah....alam persekolahan yang sebenar.











------------------------------------------------------------------------------------------------

menjamu selera dgn famili pok tih Simi

Kek span oren ini di buat sehari sebelum Pok Tih Simi n famili datang. Di buat sbb nak balas bekas jiran kasi kek dan mee hon sempena birthday anak lelaki dia dah masuk 8 tahun. kek ini di kira average sedapnya.....mungin dah selalu makan, biasalah dah bagi keluarga Umiluqman.

Tapi, for first time Umiluqman buat Puding Caramel Lapis Coklat, hmm......mewah dan sangat sedap. Jom ke rumah Umiluqman kalau nak makan Puding gula hangus lapis coklat ni.........







-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pok Tih Simi and Family datang menziarah

Jumaat, 25 disember 2009, Pok Tih Simi and family telah datang dgn Exora ke rumah Umiluqman.
Sampai pukul 5.30 petang.

Esoknya kami sama sama ke Melaka. Umiluqman dan famili sebenarnya ada majlis kahwin untuk dihadiri. Jadi sama sama ke sana....Durian Daun, Masjid Tanah Melaka....jauh rupa rupanya Masjid tanah ni.....

Selepas menghadiri majlis perkahwinan, kami ke Zoo Melaka. Lepas ke Zoo, kami ke Banda Hilir tempat bersejarah tu......

Tak sangka benar keadaan Melaka semasa cuti krismas ni...terlalu sesak dan jem...parking pun payah. Sesuatu perkara yang paling tak suka pergi Melaka, tentang nak makan tengahari atau malam...kurang sgt kedai kedai ala ala siam/ mamak.......

Di harap nanti bnyk kedai kedai masakan melayu/siam/mamak/kelantan ada di Banda Hilir Melaka nanti...

Balik dari Melaka dah malam. Sampai rumah jam dah pukul 11.00 malam.

Terlupa bawa kamera...tiada gambar lah pulak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa kabar semua

Dah lama tak buat N3. Sebenarnya penat teramat selepas berpindah rumah. 2 hari sebelum sambutan awal muharam, kami dah berpindah. Komputer pun tak tahu di mana duduknya...sedikit demi sedikit mengemas.

Berpindah hari tu upah budak budak di kawasan rumah flet depan kedai untuk angkat brg2. Hujah lebat masa tu...malam pulak...Namun semuanya selesai.

Awal Muharam, Pipi dan Haris datang mengemas dan cuci rumah lama.....

Terima Kasih kepada semua yg telah menolong.



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis, 17 Disember 2009

Special to U Nurul Atiqah

To Tikah,

Mokcik sangat ingat semalam adalah hari lahir Atiqah. Tapi makcik tak dapat berbuat apa apa sbb makcik pindah rumah semalam. Hey....duduk di rumah sendiri di hari lahir Atikah. Buleh simpan dalam memori.

Anyway Selamat Hari Lahir.........



HAPPY BIRTHDAY TO U.......HAPPY BIRTHDAY TO U.......HAPPY BIRTHDAY TO U.......ATIKAH..HAPPY BIRTHDAY TO U..............



------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 14 Disember 2009

tahniah kepada Nurul Mahiroh

Mahiroh telah mendapat tawaran jururawat........Bagi tahulah kepada Umiluqman di mana kena posting. Nampaknya ada la pelapis mak cik Aini kita.

Mula mula jadi nurse biasa, lepas tu jadi sister, lepas tu matren dan kemudian jadi tenaga pengajar macam sebiji mak cik Aini kita.

Tahniah sekali lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 13 Disember 2009

peristiwa/perkara berlaku pd 10 Muharam

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Sabtu, 12 Disember 2009

Akibat gempa bumi,kedudukan arah kiblat berubah

KUDUS – Gempa yang terjadi di beberapa daerah di Indonesia pada 2009, telah membawa perubahan secara tidak langsung pada kedudukan arah kiblat di semua daerah di Kudus........

Untuk mengetahui cerita seterusnya.....layan blog Pak cik Amin di sini.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis, 10 Disember 2009

Congratulation to Ashu @ london

Ummiluqman menerima surat dari yang tertera di bawah......congratulation to Mohd Zamri Abdullah yang masih belajar tu........Ada masa hang menghantar article to men's health.
Umiluqman kena la gi ambik hadiah tu di Petaling Jaya .......hadiah apa tu....Dunhill 50ml tu...minyak wangi ke..

Ashu kena lah email photocopy of i/c ke aidazshoppe@yahoo.com.
Januari 8th expired tuntutan hadiah tu.........Kalau minyak wangi, umiluqman nak minta izin pakai sikit.....hari hari pakai......lambat habis kalau minyak wangi.....boleh lah ya....


nk tngok besar, klik pada gambar






--------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat, 4 Disember 2009

Ucapan B'day to Dr. Hashimah

Ucapan untuk Dr.Hashimah yang sedang bekerja di bangunan Wisma Kota Bharu...........




Di tujukan kepada Dr. Hashimah yg akan menyambut happy birthday yg ke 39 tahun. Sebenarnya Dr. Hashimah ni sombong sikit nak bukak blog ni nak baca atau nak bersembang dgn kita semua.....Walaumacamanapun Selamat Hari Lahir, semuga panjang umur dan murah rezki......pada 6/12/09 ni......buat kenduri besar besaran ke sempena hari lahir ni?!!!!!

Ahad, 29 November 2009

gambar luqman to ashu@London



Ashu, ini semua gambar gambar menari Luqman yang umiluqman ambil semasa menari.......












Jumaat, 27 November 2009

Aidiladha di rumah Umiluqman 2009

Raya korban 2009, kami sekeluarga tak balik kampung. Sebenarnya ada beberapa sbb. Dah cakap dah kan dalam N3 lepas.

Kami menyambutnya macam biasa, pagi aidiladha, ayah luqman pergi sembahyang.
Umiluqman menyediakan juadah nasi minyak, kak chiffon oren dan puding koktel saja.
Jom layan gambar dulu ya. Umiluqman penat hari ini.

juadah raya.....nasi minyak dgn ayam masak tomato, dalca dan kurma daging. Lemang pun ada...Lemang cuma beli semalam jam 11.00 mlm di Salak Lama...2 batang saja dibeli. 1 mlm tadi dah hbis dibedal Sufea.


kek hari raya ini diberi oleh Kak Tik. Terima kasih banyak banyak Kak Tik....

Tengok siapa datang hari ni.....

Kak Tik datang!!! Kak tik ni memang seorang yg sgt sgt sibuk, memang susah sgt nak datang ke rumah umiluqman. Walaumacamanapun hari ini dia dah sampai...dah lama awak tak datang tau...lepas ni bila nak datang lagi...tak tau lagi....

3 beranak, along, the husband Mie and the princess the little Arifah....tambah tambah tambah....

Dan ini orang jauh....2 jam perjalanan baru sampai....dari Kuala Selangor dia sampai untuk beraya dgn keluarga umiluqman. Terima kasih banyak banyak....namun sekejap saja dia dapat datang setelah terima call dari seorang teman untuk jadi pemandu ke Kelantan atas tujuan penetapan tarikh perkahwinan. Wah!! dapat juga demo kelek klate........
Nadiah, the husband Adi dan the child Arif.......hope selamat dalam perjalanan ke Kelantan.

Ayah Luqman kerja jam 4.30 ptg..........semua bersurai.......

Kemudian hujan turun dgn lebat sekali, siap petir lagi sehingga blackout rumah..........

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...MAAF KALAU ADA TERSILAP SALAH.....


-----------------------------------------------------------------------------------------------

AKHIRNYA AKU GRAD JUGA....


TAHNIAH SEBAB DAH GRAD.......DAH BULEH KERJA LA NI..........JUBAH MERAH BIASA DARI UKM JURUSAN KEDOKTORAN MACAM MAK CIK MAH.....he..he...he.....




------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekitar hari penyampaian sijil Luqman

Bertempat di Alson Klana Hotel Nilai, Negeri Sembilan, hari penyampaian sijil diadakan pada 21hb. November 2009 jam 2.00 ptg sehingga jam 6.00 ptg.

Kesian tengok Luqman kepenatan mengikuti hari tersebut.

Jom tengok gambar sekitar hari tersebut.


Sijil tamat pra sekolah disampaikan oleh ketua Bomba KLIA dan guru besar Sekolah.


Persembahan dari Luqman-pakai baju hijau dibelakang....dgn tema lagu "Selamat datang"..bunyi musicnya mcm ni....selamat datang, dengan senyum simpulnya....selamat datang dgn senyum manisnya........bla..bla..bla....



Penat dah......dah pukul 5.00 ptg....Luqman dah tak ada tenaga...dia tak makan dari pagi lagi....kurang selera....Akhirnya kami sekeluarga bawa luqman pergi Pizza Hut untuk dia makan sup dan pizza....

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabu, 25 November 2009

Sufea dikejarkan ke Hosptal

hospital Putrajaya di Siang hari la ni

Semalam pukul 9.30 malam, Sufea telah di kejarkan ke Hospital Putrajaya setelah jatuh dari atas belakang sofa biru. Dia menangis tak henti henti dari maghrib setelah jatuh. Tangan kanan tak dapat di angkat langsung. Umiluqman ingat dia terseliuh saja....tapi semakin lama semakin bengkak tangan Sufea.

Ayah luqman terus pulang apabila dibertahu melalui telephone mengenai ini.

Tukang urut pula kak Rubiah tak mahu menerima Sufea memandangkan tangannya yg membengkak tu. Kak Rubi menasihatkan kami bawa Suf jumpa doktor periksa samada tangan Sufea ni terseliuh atau patah atau retak..... terima kasih atas nasihat kak Ru dari Salak Lama yang dah 30 tahun berkecimpung dlm urut mengurut ni. (0133428538- Umiluqman perlu simpan no kak Rubi ini utk masa depan)

bahagian kecemasan


10 mlm sampai Hospital. Jam 11.30mlm baru dpt jumpa doktor. Doktor buat x-ray......

Alhamdulillah...Tangan sufea tak patah. Bengkak sebab hentakan kuat menybabkan tisu tisu sakit dan cedera.

Tak ada ubat cuma PCM saja.

Jam 12.30 mlm baru sampai rumah. Pukul 1 pagi Sufea dan Luqman tidur sbb excited Umiluqman belikan buku colour Barbie dan Transformer.....langsung tangan buleh diangkat.

Sufea!!! semua orang tahu.....3 x lasak dan buas dibandingkan dengan abangnya.........


------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 22 November 2009

Tak balik raya haji dan rumah baruku

Hujah berterusan......banjir. umiluqman dan famili bercadang membatalkan cuti pulang berhariraya haji di kampung.

Sebb lain pula rumah Umiluqman yg baru dibeli tunggang langgang.

Umiluqman dah dapat kunci rumah 1 minggu lepas. Dan umiluqman terpaksa baiki banyak perkara keatas rumah tu......

Para pekerja yg membuat kerja kerja rumah cuti sehari sahaja untuk raya haji nanti....itulah sbbnya ummiluqman dan famili kena balik lepas segala selasai........











------------------------------------------------------------------------------------------------