Khamis, 23 Disember 2010

Apam ambon


Sedap sgt sgt...sbb tu buat lagi. Resepi dari Kak Ummi Home Sweet Home Kuantan. Terima kasih kak ummi share resepi ini. Memang best.

Loyang 8 inci:
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.



Salam semua

Dah lama betul tak masuk entry. Ltih penat semua ada.

Banyak cerita yang perlu dimasukkan.
Dari Ramadhan lagi tak berblogging. Hari raya puasa dah lepas, raya haji pun dah lepas juga.

Cerita2 akan Ummiluqman masukkan nanti..itu pun kalau berkesempatan.

1. cerita abang gani bertolak ke mekah
2. cerita abang gani pulang dari mekah.
3. cerita sedih pok su ping pulang ke rahmatuallah.